Wednesday, January 19, 2011

PROGRAM PERKAMPUNGAN MUTIARA PILIHAN

Program ini akan diadakan pada :
Tarikh    : 21 , 22 & 23 Januari 2011
Hari      : Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat    : Kolej Komuniti Kuala Langat


   Program ini meliputi beberapa ciri kreteria dan pengendaliannya melibatkan unit-unit yang terdapat di Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Cawangan Klang dan Kolej Komuniti Cawangan Shah Alam.
   Disamping pencapaian akademik cemerlang, kemahiran di dalam pelbagai bidang merupakan aspek penting untuk mendapatkan pekerjaan mahupun peluang perniagaan dalam kehidupan yang serba mencabar sekarang ini.
   Program ini diilham berdasarkan program realiti tv.Ia merupakan program cetusan ide dari pengarah Kolej Komuniti Hulu Selangor, Encik Roslan bin Noordin. Di dalam ini, peserta akan disingkirkan dari satu peringkat ke satu peringkat dan diakhir program hanya seorang peserta yang dipilih sebagai Mutiara Pilihan.Program ini dijalankan secara 'life'.


Lima aspek penilaian yang din ialah :
1. Pembangunan Fizikal
2. Kemahiran Interpersonal
3. Kemahiran Kerjaya & Temuduga
4. Public Speaking
5. Petah & Kefasihan Berbahasa Melayu


   Diharapkan program ini akan berjalan dengan lancar. Selamat bertugas kepada pensyarah-pensyarah yang terlibat. Akhir, sekali selamat maju jaya kepada semua peserta yang terpilih.

No comments:

Post a Comment